Kejohanan PIALA EMAS SSL (or do you want to retain the name SSL GOLD CUP?), yang digelar “PIALA DUNIA” pertama dalam sukan pelayaran akan diadakan di Pulau Gran Canaria bermula Dari 10 November sehingga 3 Disember 2023 dengan kerjasama Real Federación Canaria de Vela.
OLEH PELAYAR UNTUK PELAYAR
Diinspirasikan oleh Piala Dunia sukan bola sepak, PIALA EMAS SSL akan menjadi cabaran utama pelayar dari semua negara peserta untuk layak dinobatkan sebagai Juara Dunia.
“MUNDIAL” PERTAMA DALAM SUKAN PELAYARAN
Selepas bola sepak pada tahun 1930, dan ragbi pada tahun 1987, sukan pelayaran kini bersedia untuk melancarkan “Mundial” sendiri pada tahun 2023 dengan Piala Emas SSL dalam pertandingan selama 25 hari di antara wakil setiap negara peserta. Seperti Piala Dunia sukan bola sepak, Piala Emas SSL bermatlamat untuk mengangkat martabat negara peserta dalam suasana yang penuh dengan semangat setia kawan dan bersedia untuk menjadi wadah media yang besar untuk sukan pelayaran pada setiap 4 tahun sekali.

MERAIKAN KECEMERLANGAN DALAM SUKAN
Seperti Piala Dunia dalam sukan-sukan lain, Piala Emas SSL akan menjadi acara yang memberi peluang yang sama rata kepada semua peserta tanpa diskriminasi atas faktor sosial, geografi, kewangan, atau budaya. Kesemua pasukan akan mengalami situasi yang sama, dengan bot SSL47 disediakan untuk setiap perlumbaan dan latihan disediakan secara percuma kepada semua pasukan.
40 NEGARA DAN 25 PEMENANG PINGAT OLIMPIK
Di Gran Canaria, 40 pasukan akan bersaing dalam Kejohanan Akhir Piala Emas SSL, termasuk 24 negara pelayaran teratas dalam Ranking SSL dunia, ditambah dengan 16 pasukan yang melalui Siri Kelayakan yang telah diadakan dari Mei hingga Julai 2022. Seperti kejohanan utama sukan bola sepak, setiap pasukan akan memakai warna dan lambang negara masing-masing. Setiap pasukan diwakili 11 atlet yang menjadikan lebih daripada 400 pelayar, di antara mereka merupakan pemenang pingat emas Olimpik dan Juara Dunia dalam beberapa kelas pelayaran.
KEPULAUAN PULAU CANARY, TEMPAT YANG MENAKJUBKAN (UNTUK PIALA EMAS SSL)
Kepulauan Canary yang indah menikmati keadaan angin yang sangat baik, dengan cuaca cerah dan suhu sekitar 20 darjah Celsius semasa kejohanan berlangsung, menjadikannya lokasi paling sesuai untuk menjadi tuan rumah Piala Emas SSL.
GRAN CANARIA: PUSAT PENGANJURAN KEJOHANAN BESAR
Gran Canaria berpengalaman luas dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa, seperti acara triatlon Anfi Challenge Mogán Gran Canaria dalam bulan April. Bagi pelawat antarabangsa, perjalanan dari Lapangan Terbang Gran Canaria hanya memakan masa 33 minit dan menawarkan penerbangan yang kerap ke kebanyakan destinasi utama.

TESTIMONI
José Javier Sanz Fernández, Presiden Real Federación Española de Vela berkata:
“Real Federación Española de Vela gembira dengan penganjuran edisi pertama Piala Emas SSL akan diadakan di Gran Canaria. Ianya mengiktiraf Real Federación Canaria de Vela sebagai organisasi dan penganjur yang berprestij, yang memberi jaminan kejayaan acara ini. Selain itu, kejohanan peringkat antarabangsa seperti Piala Emas SSL di perairan ini dengan format inovatif dan hebat pastinya akan memacu usaha kita menarik lebih banyak penyertaan dalam sukan pelayaran.
“Dari segi sukan pelayaran sendiri, saya berasa bangga yang negara kita diwakili oleh tokoh-tokoh utama pelayaran kebangsaan, yang didahului oleh pemenang pingat emas Olimpik Luís Doreste bersama dengan pemenang Volvo Ocean Race yang juga Olimpian, Roberto Bermúdez de Castro.”
Rafael Bonilla, Presiden Canarian Sailing Federation berkata:
“Bagi Royal Canarian Sailing Federation, pemilihan Gran Canaria sebagai lokasi fasa akhir Piala Emas SSL adalah berita yang mengujakan, kerana ia meletakkan kepulauan tersebut di dalam peta sukan bertaraf dunia. Piala Emas SSL juga merupakan promosi terbaik untuk sukan pelayaran.”
“Las Palmas de Gran Canaria, ibu negara kepulauan ini, adalah bandar ketiga di Sepanyol mengikut bilangan pingat Olimpik, dengan tujuh emas dalam pelayaran, dan Kepulauan Canary adalah komuniti kedua di negara ini, selepas Kepulauan Balear, yang mempunyai atlet bertaraf dunia dalam pelayaran.”
“Simbol tradisi pulau ini adalah kapten pasukan Sepanyol dalam Piala Emas SSL, iaitu juara dua kali medal Olimpik Luis Doreste Blanco yang dilahirkan di Las Palmas, Gran Canaria, dan membesar dengan belayar di sekitar perairan ini.”
“Iklim dan keadaan laut Gran Canaria terkenal dengan keadaan yang kondusif bagi pelayaran, menjadikan kepulauan ini destinasi popular bagi pelayar dari kedua-dua belah Lautan Atlantik.”
“Royal Canarian Sailing Federation komited menyalurkan semua keghairahan dan profesionalisme mereka ke dalam acara ini supaya ia menjadi kejayaan dan pengalaman pertandingan yang tidak akan dilupakan.”
Luis Doreste, Duta Acara Piala Emas SSL dan Ketua Pasukan SSL Sepanyol menambah:
“Kami sangat teruja edisi pertama Piala Emas SSL diadakan di Sepanyol, khususnya di Gran Canaria, Pulau yang mempunyai tradisi nautika yang panjang dengan ramai pelayar berasal dari sini.”
“Saya mengharapkan acara ini akan berlangsung dengan berjaya, seperti regatta yang pernah diadakan sebelum ini dengan penyertaan pasukan-pasukan lain.”
“Acara ini adalah sangat menarik perhatian dan kami berharap ramai peminat akan turut mengikutinya kerana terdapat pasukan dengan atlet bertaraf dunia yang akan terlibat. Sudah tentu ianya akan berjaya.”
Paul Cayard, Lagenda Pelayaran Amerika yang pernah memenangi Piala Louis Vuitton dan Volvo Ocean Race:
“Piala Emas SSL ini adalah apa yang kurang dalam pelayaran untuk mencabar pelayar dan menjadikan sukan ini universal.”
LAGI
Laman web : Starsailors.com
Laman web SSL GOLD CUP akan dibuka pada 1 Oktober
Liputan Langsung setiap hari perlawanan bermula 10 November
Panini booklet boleh didapati bermula 1 Oktober
Game boleh didapati bermula 1 November